Follow

Wednesday, April 13, 2016

(UKCG) - UJIAN KELAYAKAN GURU 2016

Assalamualaikum.


Untuk yang berjaya untuk ke ukcg ni , Tahniah !! Ini ada lah first step untuk melayakkan diri anda untuk menjadi seorang bakal guru. Aku berkongsi ni sebab sebelum aku pergi ukcg haritu , banyak jugak blog aku terjah nak baca macam mana perjalanan UKCG  ni. Jadi,, lepas dah ada pengalaman sendiri ,,rasa nak berkongsi untuk adik adik nanti yang bakal lalui perkara yang sama jugak . InshaAllah. Buat pengetahuan semua,, aku belum lagi tahu keputusan sama ada aku layak ke temuduga ipg nanti, Tapi takpelah,, harap perkongsian yang ni ada manfaatnya untuk yang memerlukan. JOmmmmm...Mungkin situasi akan agak berbeza untuk setiap IPG setiap negeri. Jadi, entry ni mungkin ada lebih manfaatnya untuk yang akan menghadiri ujian ni di IPG Kampus Temenggong Ibrahim ,Johor.

Aku dapat pada hari ketiga. Masa taklimat pada pukul 11 dan semua kena berkumpul semula tepat 11.30. Memang menepati masa di sini !!Datang terus pakai baju sukan macam dalam surat yang korang print out tu . Okay ~~ . ahahaha. Alhamdulillah, ramai yang peramah..Bertuah aku dapat geng yang sekepala masa hari tu. Then,, kitaorang pun berjalanlah ke dewan untuk ambil test. Soalan test tu jangan risau,,korang datang je, tak payah baca apa apa. Just datang bawak diri dengan dokumen dokumen yang diminta bawak je lah. Ujian aku masa tu pukul 12 tengah hari. Nasib baik dewan beraircond. wowoww.o.

Jawab soalan dalam masa 45 minit. Ada dua bahagian . BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B.
Bahagian A ada 135 soalan dan masa diperuntukkan untuk jawab dalam 30 minit dan bahagian B ada 60 soalan dan jawab dalam masa 15 minit. Soalan nya hanya Objektif sahaja. Just hitamkan jelah dekat kertas OMR yang dapat tu. Jangan risau,,takde soalan matematik yang disoal. Soalan nya ermm lebih kurang perihal sahsiah guru samada WAJAR atau TIDAK WAJAR dan soalan pasal diri sendiri. Nanti bila dah ada kat sana nanti , korang pahamlah , okay ~!

Lepastu kitaorang diberi masa untuk berehat for makan tengah hari dan solat Zuhur. Dalam pukul 2.15 tu kena berkumpul untuk ujian kecergasan. Untuk ujian kecergasan nanti korang akan dibahagikan kumpulan dan akan ikut giliran lah untuk buat ujian tu. Aku kena kumpulan yang ketiga dan mula dalam pukul 3.15 petang. Tak silap masa tu ada jarak dalam 30 minit untuk setiap kumpulan.Kumpulan aku ada dalam 16 orang.Nanti masa ujian kecergasan tu ada akak akak dan abang ipg tu untuk tolong nilai markah kita dan bagi guide macam mana nak buat ujian tu. 

Ujian kecergasannya macam ujian segak kat sekolah menengah yang kita buat setiap tahun tulah.Ada lima aktiviti.

1)Kira berat dan tinggi (BMI) -15 Markah 
Kalau BMI normal , dapatlah markah penuh.

2)Tekan Tubi Tanpa Henti - 15 Markah
Untuk dapatkan markah penuh korang kena buat 30 kali untuk perempuan dan 40 kali untuk lelaki. Kalau tak silaplah. Kalau salah,,sorry ya.~
Aku tak tahan weii..dapat buat 21 kali sahaja. 

3)Buat sit-up bervariasi. -15 Markah
Sit -up ni kena bangun lima kali dan setiap kali bangun dengan cara yang berbeza-beza. Kalau dapat buat lima-lima sit-up ni,dapatlah markah penuh.Alhamdulillah,aku dapat buat semua .Tapi kalau baru lepas buat tekan tubi ,lepastu kena buat sit-up memang sakitlah kau. Ken tahan jelah. =..=''

4)Jangkaun melunjur.-15 Markah
Dia bagi test kau nak regang-regangkan badan dalam 2 kali. Lepastu kali yang ketiga. Akak penilai tu akan baca markah kita.

5)Bleep Test.-40 Markah.
Menyesal pulak aku tak joging sebelum datang memang lepak gila buat benda ni. Korang akan berlali ulang alik dalam 20 meter sampai korang penat ataupun kena kad merah. Dan berlari bila dengar bunyi 'beep' .Lepatu korang kena sampai ke tempat lagi satu sebelum bunyi 'beep' tu lagi.Bila bunyi 'beep' tu lagi korang kena patah balik lari dan begitulah seterusnya,Tak faham ?? Nanti korang fahamlah kat sana .. Tak silap aku, bleep test ni ada 12 aras. Dan setiap aras ada roundnya.
Contohnya, aras 1 ada enam pusingan. Jadi,kau kena ulang alik lari dalam enam kali.
Lepastu baru lepas aras 2 . Aras 2 pulak ada 7 pusingan. Bertambah satu aras bertambah satu pusingan.Untuk yang perempuan , better lepaskan aras 3. ...tapi memang penat sangatlah..ditambah lagi masa tu dah petang dan memang penat. Reda jelah.


OKlah.harap perkongsian aku ni ada manfaatnya untuk semua. ~~~

Monday, April 4, 2016

SLICE OF LIFE

Assalamualaikum.



Memandangkan aku budak lepasan spm yang hanya melepak kat rumah dan tak pergi plkn dan tidak bekerja,, masa masa yang lapang aku ada banyak dihabiskan dengan tengok anime. Tapi,,bukan sebarangan je main sapu aku tengok anime tu...aku suka tengok anime yang something bawak maksud dari segi kehidupan. SLICE OF LIFE. 

As you know ,,anime ni banyak genre dan luas..so kena agak hati hati bila nak tengok tu.Kawan aku tu ada yang obses dengan 'yaoi'.Ehem..aku takleh masuk kalau genre gitu walaupun manga atau kartun sekalipun..TAKKAN SUKA.Selalunya anime tu ada adapt from manga lah. Then jadi lah live action drama ataupun filem. Tapi yang aku perasanlah dalam anime yang bergenre fantasy dengan yg ada power ni selalunya mesti ada kaitan dengan "God" aka kamisama. SO, kat situ aku agak tak selesalah sikit yelah sebab aku kan Islam ,,jadi bila tengok yang genre macam tu macam the hell apebende ni..Tapi bila tengok tak amik kisah sangat sebab kena paham-pahamkanlah yang mostly orang jepun ni atheis.Just kita amik yang input yang boleh bawak kebaikan jelah. Jangan terpesong pulak akidah. Hesh.

Kadang-kadang kalau anime tu manga dia sendiri,,aku baca manga dia dulu. Tu pun kalau rajinlah,,sebab nak ada rasa 'FEEL' tu..hek eleh. Selalunya aku baca manga bila manga tu selalu update,,dan sangat POPULAR, dan bila ada  live action untuk manga tu tapi lama lagi nak keluar SUB. Movie jepun ni kalau dah keluar filemnya kena tunggu dalam 6 bulan untuk dapatkan english sub sebab diorang selalu tunggu blu-ray nya dulu. Sekarang ni aku tengah tunggu sub untuk movie Orange. ORANGE is about the friendship ..BUT NO !! NO SPOILER THIS TIME ..NEXT TIME. NAHH PREVIEW GAMBAR JE. but honestly the manga is so nerve-wrecking and mindblown. even ada twist sikit.


big spoiler.~~



Untuk next post,,aku akan kongsikan manga dan anime yang 'MY TASTE' sebab aku ni memilih sikit kalau nak baca atau tengok something. Aku akan pastikan kalau tengok something ni mesti ada rasa puas dan berbaloi dan ada manfaat yang boleh diambil. dan tadaaaa...see youuu.~~




Thursday, April 23, 2015

Edunation.my

Assalamualaikum,
hye




ok,sekarang ni dah pukul 3 pagi. but i still can't sleep.Sebab tadi dah tidur.Sebenarnya aku cuba bangun dalam pukul 3 lah untuk study ataupun tuition. What ? Tuition pepagi? crazy meh.

Yes. Tuition online lah. 
kat mana ?
yey !





Terasa nak kongsi dengan semua orang sebab tak syok lah kalau aku sorang je yang dapat.The story begin....
I found this baru je this year. It's such a great thing to me. Sebab aku takleh nak pergi tuition berbayar kat luar.Sebab banyak faktor yang nak difikirkan.Lagi-lagi sekarang ni aku dah tinggal jauh dari bandar.Kalau nak pergi bandar adalah dalam 15-20 minit.Kalau speed kurang 10 minit sampailah kot.Ahaks~. Lagi satu, kalau tak pergi tuition payah, sebab aku ni jenis lambat tangkap, lepastu selalu je ponteng hahaha, lepastu yang lepas lepas punya topik pun tak study dan faham lagiJadi,aku pun gigihkan lah diri belajar sendiri.Google sini google sana. tup tup jumpa lah web ni. Alhamdulillah.
. Oh yeah. and the most important thing is aku boleh sesuka hati aku nak belajar bila.Pagi pagi buta ke, malam ke, tengah hari ke.Tidak menganggu schedule aku. Perut senang,hati  senang, eh ?

Otak senang,hati pun senang lah. hahahaha

:)


SO, thank you so much for the founder of this edunation,my.Mr.Edmon Yap.He is one of the inspirational guy for us in Malaysia. No. He is.
here the info > Edunation meet them


Wednesday, April 15, 2015

Problem - Ourself

Assalamualaikum ,



ehem, meh sini aku nak cite. eceh.. Jadi, tahun ni aku spm . Dalam satu kelas, mesti ada budak yg pandai. Top Student. Geng geng pandai dan ...

yang sederhana. macam aku. 

Aku tak tahu kenapa. Tapi setiap kali periksa. aku mesti rasa down sebab takleh score. Reda sajalah.Tapi aku rasa macam rendah diri sangat sebab separuh kelas boleh dapat markah tinggi, ranking tinggi dan aku fikir  diorang macam label aku as a low student. Pandang rendah la senang cite. Perasaan hati aku sendiri sajalah. Tapi mungkin diorang takde pun fikir macam tu. It comes so natural. 

Memang pun. The point aku nak cakap.Kita selalu rasa macam diri kita ni something wrong ataupun kurang.Contohnya lah, aku rasa macam aku pakai baju ni tak lawa.. nampak pelik gila kot .

Padahal..

People around us doesn't care at all. Mungkin care lah.jugak  Tapi selalunya diorang tak fikir pun baju yg kita pakai tu pelik or whateverlah..asalkan pakai baju.. Kalau tak pakai barulah nampak pelik...pftt.

Conclusion yang aku nak cakap adalah , the problem is come from ourself.It took me few years to ignore the feeling.. eceeceh. BAJET .-..-

Nak merendah diri tu boleh tapi jangan melampau . Nanti orang pijak kepala.

teringat pulak masa kat sekolah semalam Cikgu Sejarah mengatakan Meniru juga adalah salah satu proses pembelajaran. Oh yeah.. Nak baik dan jujur sangat pun tak boleh.,nanti orang pijak kepala.

Sometimes we should be bad The good bad.. AHahaha.

peace