Follow

Saturday, December 14, 2013

Doakan Yang Terbaik.

Assalamualaikum.



Tarikh hari ni (14/12/2013). Lagi beberapa hari saja result PMR nak keluar. Doakan semoga saya mendapat keputusan yang cemerlang.

Amin
:)

Wednesday, December 4, 2013

Expectation vs Reality : Novel

Assalamualaikum..



Ok. Dah lama tak singgah blog dan update.Salah satu sebabnya adalah penyakit "nervous" dan resah tunggu result pmr keluar.Erk. kadang kadang bila fikir . nak tercekik pun ada jugak.Jadi aku dah tak nak fikir lagi pasal tu.Berdoa dan bertawakal kepada Allah. Jadi, cuti sekolah yang "agak" panjang ni aku habiskan masa dengan duduk terperap kat rumah dengan buat aktiviti yang sama setiap hari. Again . SETIAP HARI .

Masa hari sekolah aku berharap sangat supaya cepat cuti.Tapi bila masa cuti , aku berharap sangat supaya cepatlah naik sekolah. Rasanya semua pelajar pun macam ni jugak. Bukan aku sorang je.. yeah..

Jadi. yang tadi tu intro yang panjang. Sebenarnya point entry kali ni adalah pasal novel. yeah. novel. Imaginasi.Sekarang kan tengah hangat kat tv. Drama diadaptasi dari novel. Banyaklah. yang paling hot novel Love You Mr. Arrogant. Tapi bila difikirkan balik. Sekarang ni banyak novel yang mengangkat isu kahwin paksa..dan jalan cerita bila dah kena kahwin paksa agak "sama" . Muncul orang ketiga. Bila bergaduh membawa diri ke tempat jauhhh... Dulu aku suka jugak citer macam ni. Tapi sekarang bila dah banyak novel macam ni. secara jujur aku agak bosan. macam dah agak cliche. Tapikan bukan senang nak buat novel.Kita kena hargai orang yang dah tulis novel ni sebab diorang mempunyai idea yang banyakk. Aku rasa kalau aku tulis novel. rasanya tak jadi novel kot.Baru setengah perenggan dah macam pftt.. apa nak tulis lagi ni ?.

Bercakap pasal novel ni. Kebanyakkannya hero hero dalam novel hensem, kaya dan Dan heronya berpangkat CEO.Memang menjadi idaman wanita .Hurm. tapi,tapi. wujud betul betul ke semua ini. REALLY?

I AM HOPE FOR IT.

But...
I don't think so. 
Seriously.
=..='

Tuesday, November 12, 2013

Cerita Pasal Sampah.

Assalamualaikum.

eheh

Ni adalah first post untuk bulan November. Setiap tahun mesti aku excited tunggu bulan November muncul. Salah satu sebabnya adalah cuti sekolah dan juga hari lahir aku. Jeng Jeng.. Ok. Sebenarnya tak ada idea nak post apa apa. Tapi malam tadi tetiba otak bergerak laju fikir nak update blog. Topik yang aku duk fikir semalam adalah citer pasal Tong Sampah. Apa kejadah pulak la nak citer pasal ni.huh? Ramai yang kenal tong sampah , tapi tak ramai yang "manfaatkannya".Kehadirannya hanya dipandang sepi.*ececeh,ayat skema*

Teringat pulak peristiwa kat dalam kelas.Sampai je kelas tengok ada banyak sampah.Tapi kawan kawan yang dah datang semua buat muka toya dan tak kisah pasal sampah. Apakah ? . Cikgu pun sampai membebel cakap kelas kotor. Padahal tong sampah ada dua. Cikgu nak mengajar pun tak jadi bersemangat nak mengajar.Kenapa ? sebab kelas banyak sampah.Teruk juga.Conclusion nya, persekitaran yang kotor boleh merosakkan mood seseorang.Bahaya jugak tu. 


Lagi satu, aku paling tak suka kalau kawan yang duduk kat tempat aku dalam kelas buat 'dajal' dengan sampah.Contohnya, dia gunting gunting kertas even habuk pemadam pun aku tak puas hati.Mana taknya, kalau banyak kali guna pemadam.Habuk dia yang kiut kiut tu pun jadilah banyak.Kalau dia blah macam tu je, mulalah mulut nak laser. "Eh, ni awak punya sampahlah," Be A Responsible Person. *betul ke english aku?*



Ni namanya Tong Sampah.


Kadang-kadang walaupun nampak sehelai kertas kat kaki.
*Pandang kiri.*
*Pandang Kanan*
*Line Clear*
*Tolak kat tempat kawan*

Semua pernah buat  kan ? . Aku pun. 

Sunday, August 11, 2013

Segmen UP follower by Kawaii Gurlzz

Assalamualaikum .

hari ni mau join segmen kawaii gurlzz. :D


tekan banner kalau nak join . Syarat nya senang saja maa..

Mr Beready . .

Assalamualaikum

Jadi hari ni , aku tiba tiba je buang tebiat nak kongsikan alat alat tulis sekolah yang aku guna. Yang pertamanya , aku cuma nak kongsikan barang barang aku yang aku guna tersangatlah cun ~. 
Barang barang ni memang berjasalah pada aku. Bagi aku setiap barang mempunyai nilai sentimental value nya yang tersendiri . Walaupun ianya hanya barang , tapi kita tak patut nak sakiti nya . Erk , aku mention sakiti ke ? . Tapi aku pun jahat juga , pen habis dakwat , aku tinggalkan pen itu terkapai kapai mencari arah. Walawei , ayat puitis terlampau . :p

ok. , let's start !


cakap hai pada mr. beready . Ok , namanya beready.

Aku panggil mr . beready sebab pencilbox ni warnanya hitam Eh , ada kena mengena ke ? Taklah sebab jenama tu haa..dan. Hitam kan menawan . Yeah , mr . beready memang menawan hati aku bila first time aku nampak ., terus sambar. Lagi satu , walaupun aku ada banyak pencilbox lain , tapi ni jelah yang aku paling suka. Tak lengkap hidup tanpa pencilbox tersayang ni.. Walaupun pergi jalan-jalan aku tetap bawa. Annoying gila kan ?~.

Oh ye ! , mr ni. ada family , jangan main main .. jeng jeng jeng..

Keluarga Bahagia.

Anak anaknya yang "macho". Tapi semua dah jadi SEJARAH . ditinggalkan .

Dan yang paling teristimewa. Dalam pencilbox annoying aku ni ada kertas Asma Ul-Husna . Nama Nama Allah. Kertas ni ustazah yang jual . Banyak benda yang ustazah jual untuk mendapatkan duit bagi membesarkan surau sekolah. Tadaa ..



Nama Nama Allah berserta kebaikan jika mengamalkannya. 
Subhanallah , rupanya setiap nama Allah mempunyai Fadhilat yang tak terjangkau oleh pemikiran manusia . 
:'). Itu tandanya , sayangnya Allah pada hambanya. 


THE END .

Tuesday, July 9, 2013

Tadi Hujan dan TRIAL PMR WOO !

Assalamualaikum ,

tadi
tengah hari tadi

hujan turun
dan
aku nak citer ni .. muehehe..

tadi kan ada gerak gempur  bahasa melayu . buat kat dewan sekolah . Ok .. dah settle susun meja,, pilih tempat untuk duduk . dan aku telah memilih tempat yang tersangatlah heaven .di tambah lagi dengan hujan yang turun .. muahaha . sampai asyik nak tertidur je dan aku tak tahan nak terkucil duduk situ  erk ?ape sehh.. ..sebab ? sebab aku pilih  tempat yang sejuk woo ~..tepat tepat kipas angin tu kena kat aku.. faham tak ni ? meh sini aku describe kan tempat yang aku duduk..

ape seyh ,, lukisan buruk gilaa




dan tengah syok syok melayan perasaan tiba tiba pula masa menjawab tamat .. aku check kertas .. fuhh selamat dah jawab semua. Alhamdulillah. Lepas habis pekse.. aku pun syoklah gosip gosip pasal makanan dengan wani dan pastu tiba tiba cikgu nak ingatkan  yang TRIAL PMR ditukar ke bulan puasa ..pada mulanya dibuat selepas naik raya.. kalau buat naik raya memang aku tak baca buku laah ,, sibuk kumpul duit .. al maklumlah ,  budak budak innocent lagi :p .. muehehe. dan . reaksi budak form 3 yang dalam dewan tak yah cakap lahh .. bermacam reaksi ..antaranya ada yang muka selamba .. ada yang terkejut badakk air. ada yang panic gila beruk.. .

reaksi aku pula .. mula - mula selamba je sebab cikgu dah banyak kali bagitahu tapi lepastu mula mulalah nak melalak sakan . tak sedia lagi woo.. lepas ni aku dah tak boleh nak aktif blogging .. for your information eh..bagi yang datang blogwalking blog aku dan aku tak blogwalking balik.. dan juga yang tag untuk giveaway ke apa apalah..dan  aku tak balas ... jangan label aku sombong pula.. aku tahu korang buat tapi aku tak boleh nak buat apa apa .. faham tak ni ? sebenarnya aku sendiri tak paham apa yang aku tuliss.. seriouss. ~

aku ambil 9 subjek hohoho.. ~

Bahasa Melayu
Bahasa Arab
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Geografi
Sejarah
Kemahiran Hidup ERT
Agama Islam

dan
dan
akhir sekali ,

DOAKAN SAYA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2013

Sunday, July 7, 2013

Bulan Mulia Datang Lagi

Assalamualaikum ,



ya sadiqi ( wahai sahabat ku) , ramadhan sudah nak datang lagi tahun ni ,ada beberapa hari lagi .. marilah bersama sama kita bersedia. Hari ni hari Ahad , hari Rabu dah nak puasa . Jadi , biarlah aku buat entry pasal bulan ramadan dulu . Mungkin bulan ramadan nanti aku akan sibuk *la sangat* .. muehehe ..

yela , aku akan sibuk dengan menjaga mulut dari mengumpat dan blablabla .. hati pun kena jaga jugak ok..,
jaga pandangan ataupun secara senangnya JAGA SEMUANYA .. harap bukan masa bulan puasa je jaga .. harap berlanjutan sampai bila bila . Amin ~ dan aku sibuk dengan study sebab naik raya dah TRIAL PMR WOO !

untuk beberapa hari ni aku dah tak ada idea nak update .. Tapi , tapi .. bila aku ada kat sekolah .. idea mencurah-curah , siap susun lagi dalam kepala nak tulis apa .. tapi bila dah sampai depan laptop,, dah bersemangat nak menaip dengan meraban .. phew ! dah tak ada.. dah terbang idea dan pergi jauh dah ..
nananana .. aku nak kurangkan baca novel dan nak baca Al-Quran ..

#wish me luck for trial pmr and REAL PMR !


marilah bersama sama kita mencari malam yang mulia dan penuh berkah di bulan ramadan , iaitu malam lailatul qadar.

Saturday, June 29, 2013

Manusia Tak Pernah Berpuas Hati ?

Assalamualaikum ,,

hai awak , sihat ? ceh ayat  ,, jangan hairan ok ,,inilah cara aku berbasa basi sebelum meneruskan lagi kebebelan aku ni.. muehehe ,
tadi aku ada bengkel pemantapan bahasa melayu yo .. gila gempak , program start kul 8 tapi aku dengan bersemangatnya datang pukul 7 , amacam ? semangat nak belajar la weii ~ ohokk

jadi ,

berbalik kepada tajuk , title dan al maudug' ( bahasa arab punya perkataan, ejaan aku hentam ..)
manusia memang selalu tak berpuas hati , ok .. mungkin lah adaa segelintir .. tapi contoh sajalahh ni , mungkin korang dah tahu kan .. mungkin kita pernah dan akan ditanya soalan- soalan ni .. buat masa sekarang , aku tak pernah kena lagi ,, tapu mungkin suatu hari nanti , siapa tahu kan ?

" Bila nak masuk U  ? "
" Bila nak kerja? "
" Bila nak kahwin? "
" Bila nak ada anak ? "

bila dah ada semua ,, pernah tak orang tanya ...

"Bila nak mati ?"

kalau ada orang tanya macam tu kat korang , senyum dan balinglah bunga ros

tapi

tapi

jangan lupa baling dengan pasunya sekali , jangan dilupakan baling dengan cangkul jugakkk

p/s : tak berniat nak menyindir sesiapa , biasalah fitrah manusia .. aku pun mungkin akan tanya orang lain dengan  soalan  macam tu .. muehehe





Saturday, June 8, 2013

Trip Masa Cuti . Haha


spongebob dan patrick yang kiut miut..

Tajuk macam gempak ..sebenarnya , bukan lah niat nak kepoh kepoh  .. tapi meh sini aku kongsikan apa yang aku dah buat masa cuti sekolah 2 minggu ..

sebenarnya ..

aku duduk rumah je .. tak gi mana mana pun.. sadis sungguh .=..= Tapi tak apalah asal hati ku bahagia *ececeh* .Walaupun duduk di rumah je , tapi tiap tiap hari aku pergi  tawaf kat  dalam rumah . Kejap kejap nak pi dapur , pastu pergi ruang tamu. Sambil tengok tv sambil mulut pun berexercise untuk kunyah laju laju.
Tapi yang bestnya berat badan still tak naik .. maintan je ..ewahh , jeles tak wei ?. muehehe.

Meh la sini aku kongsi tempat tempat menarik yang aku pergi di masa cuti . Tak payah keluar duit punn .. Stay Calm dan duduk rumah .Anda pun boleh pergi sambil berlari mengibarkan rambut penuh bangga,,,eh ? takde kena mengena.. huk alohh..antara tempat nya adalah ..

jeng
jeng
jeng

korang dah tahu dah pun....
oh ye ..gambar gambar dicilok daripada pakcik weheartit

ni bukan lah bilik tidur aku.. tapi biliknya sungguh lawa la sehh ,, simple je.. aku suka dan aku  jeles tengok... =..=''
dapur oh dapur.. please be kind to me.


watching kick buttowski yang serious cool .. dan juga spongebob kat ruang tamu.. Kalau pagi dan petang memang aku "konker" ah tv tu.. takde keje..


muehehe


dan homework

aku sentuh pada seminggu yang terakhir...baru sibuk sibuk nak buat. Tapi aku tak sedar diri , walau ada banyak keje sekolah pun , kadang kadang curi curi online .. ahakk 

inilah hakikat seorang pelajar. Marilah kita berusaha ke arah yang lebih baik.. 

B-E-R-U-S-A-H-A- !



THE END 



Tuesday, June 4, 2013

What In My Mind ?

Assalamualaikum ,
what in my mind ? maksud aku *berimaginasi* atau bahasa pasarnya *berangan* =..=''



al maklumlah sebagai seorang pelajar yang semakin meningkat remaja *ececeh*.. makin banyak perkara yang ada dalam minda aku ni..

let say la.. bila cikgu tengah mengajar , aku sibuk pikir .. ermm hari ni ada citer apa kat tv ? kucing aku tengah tidur ke ? for your information.. perkara yang aku buat ni adalah perkara yang tak bagus untuk dicontohi .. *berimaginasi semasa belajar* waa.. dah terbukti aku tak fokus dalam kelas , alamakkk.. sekali sekala.. ni kalau cikgu aku baca ni... adeyyy.. aa. cikgu saya minta maaf ..

waktu yang paling aktif minda aku menerawang memikirkan perkara yang gila gila adalah semasa duduk kat dalam kereta untuk waktu yang lamaa.. macam kat lebuhraya lahh
masa tu memang otak aku aktif menghasilkan gambaran yang menarik.. uwaa. aku dah kritikal.. dan yang paling parah aku akan bercakap seorang diri dengan penuh konfiden sekali.. fulamakkk.. -..-''

ok the end.. tak de idea nak update lagi .. muehehehe

bak kata spongebob

imaginasi :B

Sunday, June 2, 2013

JANGAN

Jangan ... 

  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.
  • Jangan mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong bila berjaya, andai gagal tidak kecewa.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

untuk perkongsian bersama :D

Thursday, May 30, 2013

Cara Kawal Marah Dalam Islam

Semua orang takkan terlepas daripada perasaan marah . Cuma marah setiap orang berbeza-beza . Tanpa kita sedar , bila kita marah , keluar lah perkataan - perkataan yang boleh mengguris hati orang yang mendengarnya 
Bila kita marah mulalah mata , mulut , tangan , kaki nak bergerak ..macammm ni ...

kucing ni menjeling .. amboiii..

. Ada beberapa cara yang nak dikongsikan untuk kita mengawal marah menurut Islam. Moga diamalkan ..

1)BERWUDUK
Rasulullah SAW bersabda . maksudnya
"Marah datangnya daripada syaitan dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh itu apabila kamu marah , maka hendaklah berwuduk."
-Riwayat Abu Daud-


2)MENGUBAH POSISI
Ketika kita sedang marah , ubah posisi diri kita , jika kita sedang berdiri, maka duduk.
Jika sedang duduk berbaringlah .. Mengikut keadaan kalau nak gunakan cara ni . Jangan buat kat depan orang ramai sudah.. Nanti kene angkat pergi Hospital Sakit Jiwa.

3)BERZIKIR
Istighfar banyak banyak .. moga diberikan kesabaran oleh Allah.

4)BERDIAM DIRI
Bila kita marah , mulalah nak keluar perkataan yang tak elok. Kadang-kadang bila marah kita cakap main lepas je .. mungkin apa yang kita cakap boleh mengguriskan hati orang yang mendengar . dah dikira berdosa .. dengan ini baik DIAM sahaja. Dengan berdiam diri , semuanya akan selamat..






Mengapakah ?

Mengapakah ?
ayah dan abang-abang aku tengok wrestling , orang bergasak ..
kadang-kadang aku pun tumpang se TV tengok juga sebab bosan
aku boleh kira berapa kali aku tengok wrestling
dan aku tak paham
mengapa diorang gaduh gaduh , bertumbuk dan membahayakan diri
berpakaian seksi dan aku tengok pun seksa
boleh pecah limpa kang nanti ..
nak tunjuk siapa kuat kah ?
ayoyoyooo

dan gaduh gilir gilir pulak tu ?
siap pass - pass kat kawan lagi suruh belasah..
kenapakah ?
aku takkan paham mengapa mereka begitu ...
merebutkan tali pinggang emas kah?
apakah itu ? pffttt
adakah anda tahu  mengapa ?



Wednesday, May 29, 2013

Bawang Oh Bawang

mengapakah bila kita kupas atau potong bawang ,, secara automatik nya mata kita akan terkelip kelip minta penyepak ?   *bagi yang tak kuat godaan bawang*   macam aku lah tu . kenapakah ?


so,, bukan nak citer pasal bawang sebenarnya .. 
sebenarnya nak cerita pasal sebenarnya ..
sebenarnya aku ada rahsia
sebenarnya aku suka makan
sebenarnya aku tak buat kerja sekolah lagi
sebenarnya aku tak ada diari
sebenarnya aku tak ada crush
sebenarnya aku pemalass
sebenarnya aku tak suka kuih bangkit
sebenarnya aku pondan
sebenarnya aku seorang sarkastik sikit
sebenarnya aku tak ada tabung
sebenarnya aku pemalu
sebenarnya aku setia *ececeh*
sebenarnya aku dah merepekkk..


Tuesday, May 28, 2013

Review Blog : Pemenang Segmen Kenalan Blogger

Now !
 AMARAN - SAYA REVIEW BLOG IKUT KEPALA SAYA SENDIRI. jangan marah .. peace !

masanya untuk kita review blog ..kan review blog ada 3 orang pemenang tapi tambah lagi sorang sebab nak buat penghargaan sebab dia adalah peserta pertama yang join iaitu adik Nurin ! *tepuktepuk*



Nama adik Nurin ni sedap tau .. Nurin Irdina . Dia baru umur 11 tahun . muda muda dah berblogging :D
Apa yang best pasal blog nurin ni sebab dia ada bagi free header blog yang bertemakan kpop ,, kawaii yang comel comel sangat . nak ? pergi la tengok . Blog yang sangat simple dan ringan nak loading . Blog adik Nurin comel sangat . :).dan  KALAU  nak letak lagu , sila letak yang boleh stopkan lagu tu.. ada beberapa blogger yang tak suka dengar lagu .. ,Itu je kot yang nak komen .. Btw ,adik ni  selalu gambar bertiga dengan bestie dia ..  . haha

dan tiba masanya untuk kita review blog .. berdasarkan Encik Random...agaknya siapalah yang bertuah kan ? 
jeng

jeng
 jeng

no.9 - iema


blog kak iema cute..suka warna background.Sejuk mata memandang. Kemas je .Ada sediakan tutorial lagi tau.. Memang kemas dan comel .. cantik macam orangnya . hehe. Baru tahu kak iema ni dari Kota Tinggi ? samalah kita..conclusionnya ? Awesome !

no 24 - cik donut


cik donut . dari tawau , sabah . Blog warna pink. Suka makan donut. Blog kemas , teratur je . Suka datang blog cik donut. Blog yang sangat sweet sebab tuannya suka makan donut. Header pun kiut ! 
waa. suka suka.. kesimpulannya , cik donut awesome. !


no. 27 - aini


Kak Aini .. tua setahun dari saya.. muehheee.. nama blog dia colourful life.. Memang colourful lah blog kak Aini. Tapi more to purple. Warna ungu yang ceria dan ohsem.! blog pun kemas je susun aturnyaa.. , widget pun tak banyakk. , boleh tahu lagu apa dalan blog tu ? muehehe.kenapa semua blog yang direview ni kemas dan awesome ? ! jeless..

jadi kesimpulannya ? semua blog di atas awesome..

klik gambar untuk ke blog mereka ..

Saturday, May 25, 2013

TAHNIAH !

Assalamualaikum , hai
jadi , di sini dengan penuh rasa teruja nak mengumumkan pemenang untuk di bloglist .. yeye ~ untuk yang review nanti ya !
kepada yang tidak berpeluang menang, jangan sedih sedih nanti aku fikir nak buat  satu giveaway novel , nak ? tapi bukan sekarang mungkin lain kali .. :D untuk yang menang review blog , akan dibuat entry pada hari lain..

10 yang bertuah di Bloglist dipilih berdasarkan quotes menarik dan juga blog yang kemas lagi sopan ,


1-Roos Marlina
  • Jadilah seperti matahari , walau apapun yang terjadi tetap dengan pendirian sendiri. 
2-Nurul Syafikah
  • Kesilapan yang kita lakukan adalah pelajaran baru untuk mencapai kejayaan.
3-Munauwaratul
  • Jangan takut ambil tiket yang salah, kalau tidak kita takkan hadapi pengalaman yang sangat berharga.
4-Siti Farhanis
  • Don't judge my personality and my attitude. My personality is who I am and my attitude depends on who you are.
5-Najwa Ayuni
  • What are you today is what have you do in the past.
6-Siti Khadijah
  • Every day is a new fresh start, it is never too late to make things right.
7-Diana Azmai
  • When nobody believes in you , believe in Allah.He sees what others can't.So treat everyday as if it was your last day.Seek Allah forgiveness and pray for a good ending.


8-Twisco
  • A True Muslimah is too gergeous , even Barbie gets jealous. :3

9-Fiza Saiza
  • Menikmati kehidupan anda sendiri tanpa membandingkan dengan yang lain.
10-Syahirah Ismail
  • Don't judge people untill you know them !
  • Don't underestimate people untill you challenge them !
  • Don't judge blog by its follower.



Tuesday, May 21, 2013

Sebuah Buku .

join segmen pertama saya nak ? --> Segmen Kenalan Blogger , Hamizah

ini adalah buku kedua yang aku beli menggunakan duit yang aku simpan.. Entah kenapa , masa singgah kedai buku hari tu aku  tetibe je terdetik hati aku nak beli buku ni. tajuk bukunya ialah

jeng jeng jeng

"Seksaan dan Nikmat Alam Kubur"


aku beli dua minggu lepas dan sekarang baru sampai m/s 114 . dan aku terstop terus kat situ sebab exam.
haaa.. seram ark ? memang seram pun , kisah pasal alam kubur tu. Alam selepas kita hidup di dunia.dan menjadi perhentian seketika sebelum menuju ke alam akhirat yang kekal abadi. Uuuhh.. berminggu-minggu aku nak habiskan . sebab aku taknak baca cepat - cepat ,,sebab seram sejuk saja aku baca. Lagi satu sebab lambat nak habis baca buku ni sebab aku kebetulan pulak EXAM . Ok fine ,, sekarang dah habis exam .. aku berazam nak khatamkan buku ni..

Banyak kisah yang ada .. contohnya sebab dapat seksaan , sebab dapat nikmat , di saat kematian dan banyak lagilahh..Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Kita semua akan meninggal dunia suatu hari nanti. Cuma waktunya bila ? itu yang kita tak tahu. .Tapi marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah panjangkan umur kita untuk berubah dan bertaubat menuju ke arah kebaikan .OK Done !

. meh sini aku bagi sinopsis buku ni :-

"Melalui buku ini, kami ingn mengingatkan diri kami sendiri dan para pembaca sekalian perihal hakikat kematian dan pelbagai faedah jika kita mengingatinya selalu.Selain itu, kamu juga menghuraikan tanda-tanda husnul khatimah dan suul khatimah,seksa alam kubur,penguburan jenazah menurut tuntutan syariat Islam, takziah dan tuntutannya, kenikmatan atau seksaan yang akan dihadapi setelah kematian,amalan-amalan yang bermanfaat bagi orang yang sudah mati,tempat kembali umat manusia kelak pada hari kebangkita.Neraka untuk merasakan seksa yang amat dahsyat.Semoga Allah melindungi kita dari api neraka dan seksanya. Amin!  "


*Timbul rasa keinsafan tak dalam diri ?* hehe 

Saturday, May 18, 2013

Johorean !


Semua tahu yang kat Malaysia ni ada banyak negeri. dan beberapa negeri ada loghat mereka tersendiri.Negeri aku tak ada loghat yang tersendiri tapi ada beberapa perkataaan yang orang Johor saja yang gunakan. Entahlah tapi aku pun tak pasti betul atau tak orang Johor je guna. Sebab aku tak pernah pergi merantau negeri orang. Fyi , saya seorang 'johorean'. haha

Dalam banyak banyak loghat yang ada kat Malaysia ni , aku suka dengar orang Kedah cakap. Ada tak orang Kedah baca ni ? Serious, aku suka dengar. terutamanya Mat Luthfi cakap. haha. Hang kenal tak matluthfi ni sapa ?


ni la mat luthfi . vlogger .


ok, berbalik kepada perkataan yang orang Johor guna . Tak tahulah kalau orang negeri lain guna jugak kan .. kalau aku salah ,, tegurr .. 

gebor - selimut
gerobok - almari
bak - bawa 

ada banyak lagi kut ...

adakah aku salah ? Lagi satu orang johor ni suka tambah ekk kat penghujung ayat . Mungkin negeri lain pun guna jugak kot.. Serious ,, aku tak tahu kalau negeri lain guna jugak...pastu  tukar belakang jadi O . contohnya , selipar (selipo) Muar (Muo) . contoh lagi :

Cado - Cadar
Pasar Lambak - Pasar malam
tampo - tampar
Sokkabor - Surat Kabar
Sogame - Sekolah Agama


adakah korang menggunakan bahasa yang sama ?




Thursday, May 9, 2013

Persiapan Hadapi Peperiksaan .




Memandangkan sekarang ni musim peperiksaan pertengahan tahun .. jadi tak salah aku berkongsi perkara yang baik dan berfaedah *cehceh* (mid year exam sekolah aku minggu depan,, maknanya aku kena prepare.) . Aku kongsikan perkara ni pun berdasarkan pengalaman aku sendiri , observation pakai kepala hotak dan rujuk buku ilmiah . haha . ok . part buku ilmiah tu aku tipu.

 Sediakan Alat Tulis Secukupnya.
ok ,, yang ni amatlah penting . Aku dah pernah merana hanya sebab aku tak bawa kalkulator masa periksa math ujian formal 1 . Padahnya , aku terpaksa menjawab kertas math 1 yang berjumlah 40 soalan tu menggunakan kepala otak yang teramat genius la sangat  ni dalam masa 1 jam 15 minit.Mana soalan yang ada perpuluhan aku main hentam je jawab. Kadang - kadang aku guna kaedah dadu bagi yang aku tak  sempat jawab . Hehe. Ada juga aku pinjam kalkulator kawan aku . Moral of the story : Sediakan alat tulis sebelum Ujian !

 Jangan Study Last Minute.
Aku suka belajar last minute . sebab apa ? sebab aku malas takut kalau belajar awal awal nanti lupa ..Wahai manusia - manusia sekalian ,, amatlah tidak bagus anda melakukan tabiat ini ,, sebab banyak benda yang anda perlu ingat dan tahu dan hafal . Lagi lagi untuk subjek Sejarah yang kena ingat fakta tarikh dan peristiwa penting. Huh ? tarikh hari lahir kucing aku pun aku tak ingat , nak menghafal pasal yang lain ? Boleh ke ? Mestilah boleh kalau anda rajin . muehehe

Makan Sarapan
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh MILO , rakyat Malaysia selalu mengabaikan sarapan pagi . Salah seorangnya adalah aku. Kenapa ? kan bagus sarapan tu ? Ye ! memang bagus sebab dapat membekalkan tenaga selepas kita dah tidur . kan masa tidur kita tak makan . bila bangun mesti lapar .. jadi kenelah makan kan ? Masa periksa ,, aku kelam kabut nak datang sekolah ,, sampai minum air pun tak sempat , akibatnya masa ujian , perut aku main lagu raya , dangdut , hip hop dan semua genre lagu keluar .. Sampaikan pencilbox pun aku dah nampak macam ayam goreng bersaiz xxl . Moral : ambil sarapan dan dapat jawab ujian dengan hati dan perut yang tenang , aman dan bahagia selama - lamanya .


# sebenarnya banyak lagi , tapi aku sangatlah penat+pemalas . Jadi  , sampai di sini sajalah 'date' kita . hehe ~

Saturday, May 4, 2013

SPONGEBOB ?

Assalamualaikum ,




hai , aku di sini mengaku yang aku masih tengok spongebob dan kartun kartun yang lain ... muehehe  korang pun tengok juga kan .kan ? tipu kalau tak ~

antara kartun kartun yang masih tengok

spongebob squarepants
kick buttowski
upin ipin

dan
lain
lain

p/s : tak ada idea nak update ,
doakan saya dapat jawab periksa setengah tahun dengan jaya nya !

Wednesday, May 1, 2013

My Precious Iris ?

Ok Assalamualaikum ..



aku memang dah semput semput tunggu buku Mypi (My precious Iris) ni sampai Johor.. aku boleh jadi gila.. harap haraplah boleh beli dan terus baca lepas periksa PMR nanti ..Amin ~.*jap ..boleh bertahan ke sampai lepas PMR?*  hehe. .. Buku ni memang best walaupun aku belum baca lagi tapi aku tahu yang buku ni memang superbb habislah !Cerita ni  banyak mengaitkan tentang agama Islam yang sangat sangat Indah. Orang-orang yang dah baca MYPI ni  kata bila baca je sampai tengah tengah ,, dah berbaldi baldi air mata .. uwaa jelesnyee kat orang yang dah baca buku ni !


Buku ni adalah sambungan daripada buku I love You Stupid( ILUS ).. nukilan Melur Jelita.. walaupun bukanlah cerita yang sebenar ,, tapi bila baca je  macam kita boleh imagine depan mata .  ! memang best gilaa la ! Buku I Love you Stupid pasal blablabla .. part paling best bila cerita pasal negara Kemboja,, di  buku nilah memang banyak mengajar aku erti persahabatan ,, kesetiaan ,, dan yang paling penting tentang agamaku dan buat aku semakin cintakan agama Islam dan juga kepada Allah. Kadang kadang memang boleh bawa kepada mata yang membengkak bila baca ..

ada satu lagi buku nukilan Melur Jelita iaitu Awak Suka Saya Tak? (ASST).. aku takde buku ASST ni tapi aku dah baca sikit.. memang superbb habiss.. citer dia memang umpphhh ! tapi novel ASST tak berapa sesuai dengan umur aku sekarang ,sebab buku tu cerita pasal percintaan yang banyak dugaan  ..*walaupun saya dah remaja tapi bukan dewasa* jadi aku tak beli dan tak baca habis.. sesuai untuk orang dewasa .. tapi ILUS dan MYPI sesuai untuk umum..hehe




Melur Jelita ada tiga buku yang memang Ohsem dan menjadi bestseller novel ! :-

Awak Suka Saya Tak?
I Love You Stupid
My Precious Iris .

nak beli ?
belilahh.. hehe
"Baca lah dengan mata hati."

#tahun ni tak nak baca novel sangat .. kalau boleh tak nak pun  -.-.. nak PMR ..muehehe

Sunday, April 28, 2013

Tips Mudah Bangun Subuh

Assalamualaikum

alolo comelnya dia ^^

ok..sekarang ni aku dah melebih lebih bukak internet.. mungkin dah 1 jam lebih.. haha , tu pun sebab abang abang tak ada kat umah sekarang.. jadi aku bolehla bermaharajalela guna laptop.haha

sekarang nak kongsikan pasal cara mudah untuk bangun subuh.. aku pun kadang kadang terlambat nak bangun pagi..jam bunyi pukul 6 pagi tapi aku leh bangun pukul 6.30 pagi pulak.. macam mana lak boleh jadi macam tu.. adakah aku m-a-l-a-s ? hehe

tips-tips :-

1.Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT.
2.Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata.
3.Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. nak solat apa ? sebaiknya solat taubat lah ye.. bagus , elok, cantik ,
4.Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur
5.Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal
6.Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.
7.Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT.
8.Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal.
9.Jika berjaya, syabas saya ucapkan
10.Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini.

kalau dah berjaya , kekalkan

#untuk renungan bersama :D


Saturday, April 20, 2013

Cara Menangani Stress .

Assalamualaikum ..

harhar holaa !

seriously ,, aku selalu buat ..
                                                        

tiba tiba je hari ni aku nak kongsikan pasal stress dan cara menanganinya ..adakah aku stress ? hurmm , aku tak tahu . dulu, ada kawan bagi aku cara menangani stress . Dia tengok muka aku macam ada masalah .. lepastu dia cakaplah itu ini dan blablabla boleh hilangkan stress. ada yang suka tangani stres dengan baca buku ?* bagi aku bertambah stres baca buku* ,, makan dan,, tido..Antara cara lain  ialah ..

jeng jeng jeng


1.Lemparkan Senyuman
-Tarik nafas dalam dalam dan hembuskannya ..lepastu cuba senyum *walaupun hipokrit*



2.Menangis sepuas hati
-Ada orang suka pendamkan perasaan .macam aku  .. dan ada baiknya korang menangis meraung raung dan lepastu try lah gelak..lol :p. *aku pernah buat macam tu*.. hewhew



3.Bersendirian
-Aku selalu buat macam ni , Sendirian .. dan bila aku sendiri mulalah aku nak merepek meraban cakap sorang-sorang. Ada pernah satu hari tu aku buat macam ni kat sekolah,,kawan aku kata "Wei, dah makan ubat lom"



4.Muzik
-Bila stress,, mulalah ada orang nyanyi ikut lirik cipta sendiri..bila sedih , buka lagu mood sedih . sebab? nak ambik feel sedih dan hayati lirik lagu tu..aku suka buat *cehceh* gedikss

dan cara menangani stres paling baik dan banyak kebaikkannya ialah

 


5.Mengingati Allah
-Lebih elok bila kita stress ataupun ada masalah .bersabarlah dan. mengadu kepada Allah .. terasa aman dan tenang je hati nanti . In Sha Allah . Jangan lupa juga untuk membaca Al - Quran dan berzikir , memuji Allah dan tidak lupa juga berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

#untuk renungan diri sendiri juga :)

Wednesday, April 17, 2013

Gadis dan Wanita

Assalamualaikum

yoyoyo ,,



pertama sekali , 'post' hari ni adalah renungan untuk kita semua termasuklah diri ku yang serba kekurangan ni.*cehceh* Kita sesama orang Islam berhak dan punya tanggungjawab untuk menegur. Untuk orang perempuan dan gadis gadis di luar sana yang memakai tudung  . Aku nasihatkan agar menjaga dan menutup aurat dengan cara yang betul . Labuhkan tudung sampai menutup dada. Jangan main ala kadar je . Jangan di buat main-main .

Selalu sangat aku nampak kat pasar pasar . Mak cik , budak yang sebaya umur .. pakai lengan pendek. Tudung dah elok , seluar dah elok , tiba tiba tengok baju ,, oh my! .. baju lengan pendek.Bukan tak boleh pakai lengan pendek ,, boleh aje cuma pastikan, kalau nak pakai lengan pendek pakai sekali  dengan cardigan ke ataupun senang senang , pakai je lengan panjang . Ada yang pakai lengan panjang tapi baju ketat . Hesh , berketak ketak badan nampak .. ,, Seelok-eloknya pakailah baju yang longgar dan tidak membuatkan orang pandang kita dan kutuk kutuk yang macam macam . Astaghfirullah.

Kan advance kalau pakai sopan sopan. Orang tengok pun suka je ,. Sedap mata memandang .. Kalau kita tak mampu nak pakai purdah ke jubah ke mcam orang Arab pakai tu ,, cukuplah sekadar kita memakai pakaian longgar , sopan dan paling penting selesa dan menutup aurat. Berubah tidak boleh mendadak dan secara tiba tiba tetapi cubalah berubah perlahan lahan. Kalau tak suka pun ,, paksakan aje.. FAKE IT UNTILL YOU MAKE IT. hehe . Mula mula terpaksa dan hipokrit , lama lama hati pun jadi suka dan jadi ikhlas.

Sekarang ni banyak trend  shawl , tudung belit belit .. sampai aku tengok pun macam nak tercekik je .. harhar. Boleh pakai yang belit belit tu asal labuh tutup dada.dan tak menampakkan aurat. Orang yang pakai tudung tak megikut trend  tak semestinya kolot . Macam saya ,, saya  prefer guna tudung bawal je .. tak geti sangat nak guna shawl. Dan berpakaian mengikut kesesuaian dan keselesaan diri masing masing.

#Post ini bukanlah bertujuan untuk mengguriskan hati tapi cuma nak menyedarkan diri kita . Cuba tengok apa yang selalu kita pakai? Selalulah kita ingat Allah

:)