Follow

Sunday, April 28, 2013

Tips Mudah Bangun Subuh

Assalamualaikum

alolo comelnya dia ^^

ok..sekarang ni aku dah melebih lebih bukak internet.. mungkin dah 1 jam lebih.. haha , tu pun sebab abang abang tak ada kat umah sekarang.. jadi aku bolehla bermaharajalela guna laptop.haha

sekarang nak kongsikan pasal cara mudah untuk bangun subuh.. aku pun kadang kadang terlambat nak bangun pagi..jam bunyi pukul 6 pagi tapi aku leh bangun pukul 6.30 pagi pulak.. macam mana lak boleh jadi macam tu.. adakah aku m-a-l-a-s ? hehe

tips-tips :-

1.Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT.
2.Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata.
3.Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. nak solat apa ? sebaiknya solat taubat lah ye.. bagus , elok, cantik ,
4.Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur
5.Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal
6.Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.
7.Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT.
8.Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal.
9.Jika berjaya, syabas saya ucapkan
10.Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini.

kalau dah berjaya , kekalkan

#untuk renungan bersama :D


Saturday, April 20, 2013

Cara Menangani Stress .

Assalamualaikum ..

harhar holaa !

seriously ,, aku selalu buat ..
                                                        

tiba tiba je hari ni aku nak kongsikan pasal stress dan cara menanganinya ..adakah aku stress ? hurmm , aku tak tahu . dulu, ada kawan bagi aku cara menangani stress . Dia tengok muka aku macam ada masalah .. lepastu dia cakaplah itu ini dan blablabla boleh hilangkan stress. ada yang suka tangani stres dengan baca buku ?* bagi aku bertambah stres baca buku* ,, makan dan,, tido..Antara cara lain  ialah ..

jeng jeng jeng


1.Lemparkan Senyuman
-Tarik nafas dalam dalam dan hembuskannya ..lepastu cuba senyum *walaupun hipokrit*



2.Menangis sepuas hati
-Ada orang suka pendamkan perasaan .macam aku  .. dan ada baiknya korang menangis meraung raung dan lepastu try lah gelak..lol :p. *aku pernah buat macam tu*.. hewhew



3.Bersendirian
-Aku selalu buat macam ni , Sendirian .. dan bila aku sendiri mulalah aku nak merepek meraban cakap sorang-sorang. Ada pernah satu hari tu aku buat macam ni kat sekolah,,kawan aku kata "Wei, dah makan ubat lom"



4.Muzik
-Bila stress,, mulalah ada orang nyanyi ikut lirik cipta sendiri..bila sedih , buka lagu mood sedih . sebab? nak ambik feel sedih dan hayati lirik lagu tu..aku suka buat *cehceh* gedikss

dan cara menangani stres paling baik dan banyak kebaikkannya ialah

 


5.Mengingati Allah
-Lebih elok bila kita stress ataupun ada masalah .bersabarlah dan. mengadu kepada Allah .. terasa aman dan tenang je hati nanti . In Sha Allah . Jangan lupa juga untuk membaca Al - Quran dan berzikir , memuji Allah dan tidak lupa juga berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

#untuk renungan diri sendiri juga :)

Wednesday, April 17, 2013

Gadis dan Wanita

Assalamualaikum

yoyoyo ,,



pertama sekali , 'post' hari ni adalah renungan untuk kita semua termasuklah diri ku yang serba kekurangan ni.*cehceh* Kita sesama orang Islam berhak dan punya tanggungjawab untuk menegur. Untuk orang perempuan dan gadis gadis di luar sana yang memakai tudung  . Aku nasihatkan agar menjaga dan menutup aurat dengan cara yang betul . Labuhkan tudung sampai menutup dada. Jangan main ala kadar je . Jangan di buat main-main .

Selalu sangat aku nampak kat pasar pasar . Mak cik , budak yang sebaya umur .. pakai lengan pendek. Tudung dah elok , seluar dah elok , tiba tiba tengok baju ,, oh my! .. baju lengan pendek.Bukan tak boleh pakai lengan pendek ,, boleh aje cuma pastikan, kalau nak pakai lengan pendek pakai sekali  dengan cardigan ke ataupun senang senang , pakai je lengan panjang . Ada yang pakai lengan panjang tapi baju ketat . Hesh , berketak ketak badan nampak .. ,, Seelok-eloknya pakailah baju yang longgar dan tidak membuatkan orang pandang kita dan kutuk kutuk yang macam macam . Astaghfirullah.

Kan advance kalau pakai sopan sopan. Orang tengok pun suka je ,. Sedap mata memandang .. Kalau kita tak mampu nak pakai purdah ke jubah ke mcam orang Arab pakai tu ,, cukuplah sekadar kita memakai pakaian longgar , sopan dan paling penting selesa dan menutup aurat. Berubah tidak boleh mendadak dan secara tiba tiba tetapi cubalah berubah perlahan lahan. Kalau tak suka pun ,, paksakan aje.. FAKE IT UNTILL YOU MAKE IT. hehe . Mula mula terpaksa dan hipokrit , lama lama hati pun jadi suka dan jadi ikhlas.

Sekarang ni banyak trend  shawl , tudung belit belit .. sampai aku tengok pun macam nak tercekik je .. harhar. Boleh pakai yang belit belit tu asal labuh tutup dada.dan tak menampakkan aurat. Orang yang pakai tudung tak megikut trend  tak semestinya kolot . Macam saya ,, saya  prefer guna tudung bawal je .. tak geti sangat nak guna shawl. Dan berpakaian mengikut kesesuaian dan keselesaan diri masing masing.

#Post ini bukanlah bertujuan untuk mengguriskan hati tapi cuma nak menyedarkan diri kita . Cuba tengok apa yang selalu kita pakai? Selalulah kita ingat Allah

:)

Tuesday, April 16, 2013

Bahasa Euw Euw

Assalamualaikum dan hye !


tetiba je hari ni rasa rajin nak mengupdate blog . Tengok tajuk ,, gempak tak ? harhar bahasa euw euw (bak kata anwar hadi) ataupun bagi pandangan aku bahasa gedikss.. *cehceh* macamlah aku tak pernah pakai bahasa tu.. oklah aku mengaku yang aku pernah guna dan pernah jadi peminat setia bahasa tu. macam mana bahasa euw euw tu ? contoh:-

kitew sukerw mkn ayam.. mak kiterw punn sukerw jugakk..awk sukerw tk?dyew pun sukerw makan jgk !

harhar ,, aku dah geti nak menulis bahasa tu.. aku dah insaf  hek eleh.. ayat ,, tampar nak ? hurmm di sini bukanlah bermaksud aku nak perli orang yang suka pakai bahasa ni .. cuma saje saje je nak bualkan pasal ni.. kepada yang suka guna bahasa ni .. janganlah terasa ye .. setiap orang ada keselesaan dia sendiri.. ada orang suka macam ni , ada orang yang sukamacam tu ..bergantung kepada keselesaan lah ye . tapi lebih baik menggunakan bahasa indah  , bahasa ibunda kita dengan sebaiknya *cehceh* bahasa aku sendiri pun tak terjaga nak nasihat orang ?  -..-  .. nampak tak ? nampak apa ? tak ada apa-apa lah ...eh ? merepekss



Saturday, April 6, 2013

Motivasi Diri

Hai , Assalamualaikum ..

pagipagi hari ni bagus untuk motivasi diri ,, jadi di sini teringin nak kongsikan antara kata - kata motivasi Islam dan gambar gambar yang menarik .. harapsuka ye !


"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"
.
.
Jadikanlah AL-QURAN itu SURAT CINTAMU sepanjang masa. Tidak usang dan dimakan kutu akibat disimpan lama di dalam almari.. Bacalah AL-QURAN walaupun satu muka surat pada setiap hari. AL-QURAN memberi petunjuk ke jalan yang benar ♥
.
.
Semoga membawa manfaat untuk anda semua .


#Audit diri bak kata Profesor Muhaya

Fakta Tentang ?

Hye
Assalamualaikum ,

Ini post yang ketiga aku hari ni .. aku bebtulbetul bosan hari ni .. entahlah ..ok berbalik kepada tajuk ,, fakta tentang ? tentang akulah eh ? perasan meyhh .. oklah aku nak kongsikan fakta umum.. iaitu fakta tentang kucing .. hehe semua orang suka kucing ..ok tak,, tak semua orang suka kucing .. tapi kucing itu seekor haiwan yang sangat comel.. harimau kecil ..haha.. ok,,aku  bela harimau *tipu* ini antara fakta menarik pasal harimau ,, eh salah pasal kucing ..

wowowo
1. Kucing itu nokturnal – bermakna ia bersifat tidak berapa aktif pada waktu siang (mungkin banyak tidur) dan begitu aktif pada waktu malam.

2. Kucing boleh kembali lagi ke rumah meski dibuang beberapa kilometer dari rumah tanpa diberi kompas. (aku pernah buat macam ni ) *gelakjahat


3. Kucing punya efek menenangkan (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil).

4. Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati.

5. Kucing mandi (menjilati dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.

6. Semua kucing lahir dengan mata biru.



Second Giveaway : Smile

Hai dan Assalamualaikum ,
 hari ni nak join give away :)


Klik banner untuk join


                                                           My Pic

Smile is a simple way to change your look . yeah !
Senyum itu "sedekah"


Tag :-



p/s: mulakan hari dengan senyuman ..muehehe..