Follow

Wednesday, April 17, 2013

Gadis dan Wanita

Assalamualaikum

yoyoyo ,,



pertama sekali , 'post' hari ni adalah renungan untuk kita semua termasuklah diri ku yang serba kekurangan ni.*cehceh* Kita sesama orang Islam berhak dan punya tanggungjawab untuk menegur. Untuk orang perempuan dan gadis gadis di luar sana yang memakai tudung  . Aku nasihatkan agar menjaga dan menutup aurat dengan cara yang betul . Labuhkan tudung sampai menutup dada. Jangan main ala kadar je . Jangan di buat main-main .

Selalu sangat aku nampak kat pasar pasar . Mak cik , budak yang sebaya umur .. pakai lengan pendek. Tudung dah elok , seluar dah elok , tiba tiba tengok baju ,, oh my! .. baju lengan pendek.Bukan tak boleh pakai lengan pendek ,, boleh aje cuma pastikan, kalau nak pakai lengan pendek pakai sekali  dengan cardigan ke ataupun senang senang , pakai je lengan panjang . Ada yang pakai lengan panjang tapi baju ketat . Hesh , berketak ketak badan nampak .. ,, Seelok-eloknya pakailah baju yang longgar dan tidak membuatkan orang pandang kita dan kutuk kutuk yang macam macam . Astaghfirullah.

Kan advance kalau pakai sopan sopan. Orang tengok pun suka je ,. Sedap mata memandang .. Kalau kita tak mampu nak pakai purdah ke jubah ke mcam orang Arab pakai tu ,, cukuplah sekadar kita memakai pakaian longgar , sopan dan paling penting selesa dan menutup aurat. Berubah tidak boleh mendadak dan secara tiba tiba tetapi cubalah berubah perlahan lahan. Kalau tak suka pun ,, paksakan aje.. FAKE IT UNTILL YOU MAKE IT. hehe . Mula mula terpaksa dan hipokrit , lama lama hati pun jadi suka dan jadi ikhlas.

Sekarang ni banyak trend  shawl , tudung belit belit .. sampai aku tengok pun macam nak tercekik je .. harhar. Boleh pakai yang belit belit tu asal labuh tutup dada.dan tak menampakkan aurat. Orang yang pakai tudung tak megikut trend  tak semestinya kolot . Macam saya ,, saya  prefer guna tudung bawal je .. tak geti sangat nak guna shawl. Dan berpakaian mengikut kesesuaian dan keselesaan diri masing masing.

#Post ini bukanlah bertujuan untuk mengguriskan hati tapi cuma nak menyedarkan diri kita . Cuba tengok apa yang selalu kita pakai? Selalulah kita ingat Allah

:)

1 comment: