Follow

Sunday, April 28, 2013

Tips Mudah Bangun Subuh

Assalamualaikum

alolo comelnya dia ^^

ok..sekarang ni aku dah melebih lebih bukak internet.. mungkin dah 1 jam lebih.. haha , tu pun sebab abang abang tak ada kat umah sekarang.. jadi aku bolehla bermaharajalela guna laptop.haha

sekarang nak kongsikan pasal cara mudah untuk bangun subuh.. aku pun kadang kadang terlambat nak bangun pagi..jam bunyi pukul 6 pagi tapi aku leh bangun pukul 6.30 pagi pulak.. macam mana lak boleh jadi macam tu.. adakah aku m-a-l-a-s ? hehe

tips-tips :-

1.Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT.
2.Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata.
3.Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. nak solat apa ? sebaiknya solat taubat lah ye.. bagus , elok, cantik ,
4.Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur
5.Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal
6.Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.
7.Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT.
8.Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal.
9.Jika berjaya, syabas saya ucapkan
10.Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini.

kalau dah berjaya , kekalkan

#untuk renungan bersama :D


No comments:

Post a Comment