Follow

Thursday, May 30, 2013

Cara Kawal Marah Dalam Islam

Semua orang takkan terlepas daripada perasaan marah . Cuma marah setiap orang berbeza-beza . Tanpa kita sedar , bila kita marah , keluar lah perkataan - perkataan yang boleh mengguris hati orang yang mendengarnya 
Bila kita marah mulalah mata , mulut , tangan , kaki nak bergerak ..macammm ni ...

kucing ni menjeling .. amboiii..

. Ada beberapa cara yang nak dikongsikan untuk kita mengawal marah menurut Islam. Moga diamalkan ..

1)BERWUDUK
Rasulullah SAW bersabda . maksudnya
"Marah datangnya daripada syaitan dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh itu apabila kamu marah , maka hendaklah berwuduk."
-Riwayat Abu Daud-


2)MENGUBAH POSISI
Ketika kita sedang marah , ubah posisi diri kita , jika kita sedang berdiri, maka duduk.
Jika sedang duduk berbaringlah .. Mengikut keadaan kalau nak gunakan cara ni . Jangan buat kat depan orang ramai sudah.. Nanti kene angkat pergi Hospital Sakit Jiwa.

3)BERZIKIR
Istighfar banyak banyak .. moga diberikan kesabaran oleh Allah.

4)BERDIAM DIRI
Bila kita marah , mulalah nak keluar perkataan yang tak elok. Kadang-kadang bila marah kita cakap main lepas je .. mungkin apa yang kita cakap boleh mengguriskan hati orang yang mendengar . dah dikira berdosa .. dengan ini baik DIAM sahaja. Dengan berdiam diri , semuanya akan selamat..






No comments:

Post a Comment