Follow

Saturday, June 29, 2013

Manusia Tak Pernah Berpuas Hati ?

Assalamualaikum ,,

hai awak , sihat ? ceh ayat  ,, jangan hairan ok ,,inilah cara aku berbasa basi sebelum meneruskan lagi kebebelan aku ni.. muehehe ,
tadi aku ada bengkel pemantapan bahasa melayu yo .. gila gempak , program start kul 8 tapi aku dengan bersemangatnya datang pukul 7 , amacam ? semangat nak belajar la weii ~ ohokk

jadi ,

berbalik kepada tajuk , title dan al maudug' ( bahasa arab punya perkataan, ejaan aku hentam ..)
manusia memang selalu tak berpuas hati , ok .. mungkin lah adaa segelintir .. tapi contoh sajalahh ni , mungkin korang dah tahu kan .. mungkin kita pernah dan akan ditanya soalan- soalan ni .. buat masa sekarang , aku tak pernah kena lagi ,, tapu mungkin suatu hari nanti , siapa tahu kan ?

" Bila nak masuk U  ? "
" Bila nak kerja? "
" Bila nak kahwin? "
" Bila nak ada anak ? "

bila dah ada semua ,, pernah tak orang tanya ...

"Bila nak mati ?"

kalau ada orang tanya macam tu kat korang , senyum dan balinglah bunga ros

tapi

tapi

jangan lupa baling dengan pasunya sekali , jangan dilupakan baling dengan cangkul jugakkk

p/s : tak berniat nak menyindir sesiapa , biasalah fitrah manusia .. aku pun mungkin akan tanya orang lain dengan  soalan  macam tu .. muehehe





Saturday, June 8, 2013

Trip Masa Cuti . Haha


spongebob dan patrick yang kiut miut..

Tajuk macam gempak ..sebenarnya , bukan lah niat nak kepoh kepoh  .. tapi meh sini aku kongsikan apa yang aku dah buat masa cuti sekolah 2 minggu ..

sebenarnya ..

aku duduk rumah je .. tak gi mana mana pun.. sadis sungguh .=..= Tapi tak apalah asal hati ku bahagia *ececeh* .Walaupun duduk di rumah je , tapi tiap tiap hari aku pergi  tawaf kat  dalam rumah . Kejap kejap nak pi dapur , pastu pergi ruang tamu. Sambil tengok tv sambil mulut pun berexercise untuk kunyah laju laju.
Tapi yang bestnya berat badan still tak naik .. maintan je ..ewahh , jeles tak wei ?. muehehe.

Meh la sini aku kongsi tempat tempat menarik yang aku pergi di masa cuti . Tak payah keluar duit punn .. Stay Calm dan duduk rumah .Anda pun boleh pergi sambil berlari mengibarkan rambut penuh bangga,,,eh ? takde kena mengena.. huk alohh..antara tempat nya adalah ..

jeng
jeng
jeng

korang dah tahu dah pun....
oh ye ..gambar gambar dicilok daripada pakcik weheartit

ni bukan lah bilik tidur aku.. tapi biliknya sungguh lawa la sehh ,, simple je.. aku suka dan aku  jeles tengok... =..=''
dapur oh dapur.. please be kind to me.


watching kick buttowski yang serious cool .. dan juga spongebob kat ruang tamu.. Kalau pagi dan petang memang aku "konker" ah tv tu.. takde keje..


muehehe


dan homework

aku sentuh pada seminggu yang terakhir...baru sibuk sibuk nak buat. Tapi aku tak sedar diri , walau ada banyak keje sekolah pun , kadang kadang curi curi online .. ahakk 

inilah hakikat seorang pelajar. Marilah kita berusaha ke arah yang lebih baik.. 

B-E-R-U-S-A-H-A- !



THE END 



Tuesday, June 4, 2013

What In My Mind ?

Assalamualaikum ,
what in my mind ? maksud aku *berimaginasi* atau bahasa pasarnya *berangan* =..=''



al maklumlah sebagai seorang pelajar yang semakin meningkat remaja *ececeh*.. makin banyak perkara yang ada dalam minda aku ni..

let say la.. bila cikgu tengah mengajar , aku sibuk pikir .. ermm hari ni ada citer apa kat tv ? kucing aku tengah tidur ke ? for your information.. perkara yang aku buat ni adalah perkara yang tak bagus untuk dicontohi .. *berimaginasi semasa belajar* waa.. dah terbukti aku tak fokus dalam kelas , alamakkk.. sekali sekala.. ni kalau cikgu aku baca ni... adeyyy.. aa. cikgu saya minta maaf ..

waktu yang paling aktif minda aku menerawang memikirkan perkara yang gila gila adalah semasa duduk kat dalam kereta untuk waktu yang lamaa.. macam kat lebuhraya lahh
masa tu memang otak aku aktif menghasilkan gambaran yang menarik.. uwaa. aku dah kritikal.. dan yang paling parah aku akan bercakap seorang diri dengan penuh konfiden sekali.. fulamakkk.. -..-''

ok the end.. tak de idea nak update lagi .. muehehehe

bak kata spongebob

imaginasi :B

Sunday, June 2, 2013

JANGAN

Jangan ... 

  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.
  • Jangan mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong bila berjaya, andai gagal tidak kecewa.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

untuk perkongsian bersama :D