Follow

Sunday, July 7, 2013

Bulan Mulia Datang Lagi

Assalamualaikum ,



ya sadiqi ( wahai sahabat ku) , ramadhan sudah nak datang lagi tahun ni ,ada beberapa hari lagi .. marilah bersama sama kita bersedia. Hari ni hari Ahad , hari Rabu dah nak puasa . Jadi , biarlah aku buat entry pasal bulan ramadan dulu . Mungkin bulan ramadan nanti aku akan sibuk *la sangat* .. muehehe ..

yela , aku akan sibuk dengan menjaga mulut dari mengumpat dan blablabla .. hati pun kena jaga jugak ok..,
jaga pandangan ataupun secara senangnya JAGA SEMUANYA .. harap bukan masa bulan puasa je jaga .. harap berlanjutan sampai bila bila . Amin ~ dan aku sibuk dengan study sebab naik raya dah TRIAL PMR WOO !

untuk beberapa hari ni aku dah tak ada idea nak update .. Tapi , tapi .. bila aku ada kat sekolah .. idea mencurah-curah , siap susun lagi dalam kepala nak tulis apa .. tapi bila dah sampai depan laptop,, dah bersemangat nak menaip dengan meraban .. phew ! dah tak ada.. dah terbang idea dan pergi jauh dah ..
nananana .. aku nak kurangkan baca novel dan nak baca Al-Quran ..

#wish me luck for trial pmr and REAL PMR !


marilah bersama sama kita mencari malam yang mulia dan penuh berkah di bulan ramadan , iaitu malam lailatul qadar.

No comments:

Post a Comment