Follow

Tuesday, November 12, 2013

Cerita Pasal Sampah.

Assalamualaikum.

eheh

Ni adalah first post untuk bulan November. Setiap tahun mesti aku excited tunggu bulan November muncul. Salah satu sebabnya adalah cuti sekolah dan juga hari lahir aku. Jeng Jeng.. Ok. Sebenarnya tak ada idea nak post apa apa. Tapi malam tadi tetiba otak bergerak laju fikir nak update blog. Topik yang aku duk fikir semalam adalah citer pasal Tong Sampah. Apa kejadah pulak la nak citer pasal ni.huh? Ramai yang kenal tong sampah , tapi tak ramai yang "manfaatkannya".Kehadirannya hanya dipandang sepi.*ececeh,ayat skema*

Teringat pulak peristiwa kat dalam kelas.Sampai je kelas tengok ada banyak sampah.Tapi kawan kawan yang dah datang semua buat muka toya dan tak kisah pasal sampah. Apakah ? . Cikgu pun sampai membebel cakap kelas kotor. Padahal tong sampah ada dua. Cikgu nak mengajar pun tak jadi bersemangat nak mengajar.Kenapa ? sebab kelas banyak sampah.Teruk juga.Conclusion nya, persekitaran yang kotor boleh merosakkan mood seseorang.Bahaya jugak tu. 


Lagi satu, aku paling tak suka kalau kawan yang duduk kat tempat aku dalam kelas buat 'dajal' dengan sampah.Contohnya, dia gunting gunting kertas even habuk pemadam pun aku tak puas hati.Mana taknya, kalau banyak kali guna pemadam.Habuk dia yang kiut kiut tu pun jadilah banyak.Kalau dia blah macam tu je, mulalah mulut nak laser. "Eh, ni awak punya sampahlah," Be A Responsible Person. *betul ke english aku?*



Ni namanya Tong Sampah.


Kadang-kadang walaupun nampak sehelai kertas kat kaki.
*Pandang kiri.*
*Pandang Kanan*
*Line Clear*
*Tolak kat tempat kawan*

Semua pernah buat  kan ? . Aku pun.