Follow

Wednesday, April 13, 2016

(UKCG) - UJIAN KELAYAKAN GURU 2016

Assalamualaikum.


Untuk yang berjaya untuk ke ukcg ni , Tahniah !! Ini ada lah first step untuk melayakkan diri anda untuk menjadi seorang bakal guru. Aku berkongsi ni sebab sebelum aku pergi ukcg haritu , banyak jugak blog aku terjah nak baca macam mana perjalanan UKCG  ni. Jadi,, lepas dah ada pengalaman sendiri ,,rasa nak berkongsi untuk adik adik nanti yang bakal lalui perkara yang sama jugak . InshaAllah. Buat pengetahuan semua,, aku belum lagi tahu keputusan sama ada aku layak ke temuduga ipg nanti, Tapi takpelah,, harap perkongsian yang ni ada manfaatnya untuk yang memerlukan. JOmmmmm...Mungkin situasi akan agak berbeza untuk setiap IPG setiap negeri. Jadi, entry ni mungkin ada lebih manfaatnya untuk yang akan menghadiri ujian ni di IPG Kampus Temenggong Ibrahim ,Johor.

Aku dapat pada hari ketiga. Masa taklimat pada pukul 11 dan semua kena berkumpul semula tepat 11.30. Memang menepati masa di sini !!Datang terus pakai baju sukan macam dalam surat yang korang print out tu . Okay ~~ . ahahaha. Alhamdulillah, ramai yang peramah..Bertuah aku dapat geng yang sekepala masa hari tu. Then,, kitaorang pun berjalanlah ke dewan untuk ambil test. Soalan test tu jangan risau,,korang datang je, tak payah baca apa apa. Just datang bawak diri dengan dokumen dokumen yang diminta bawak je lah. Ujian aku masa tu pukul 12 tengah hari. Nasib baik dewan beraircond. wowoww.o.

Jawab soalan dalam masa 45 minit. Ada dua bahagian . BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B.
Bahagian A ada 135 soalan dan masa diperuntukkan untuk jawab dalam 30 minit dan bahagian B ada 60 soalan dan jawab dalam masa 15 minit. Soalan nya hanya Objektif sahaja. Just hitamkan jelah dekat kertas OMR yang dapat tu. Jangan risau,,takde soalan matematik yang disoal. Soalan nya ermm lebih kurang perihal sahsiah guru samada WAJAR atau TIDAK WAJAR dan soalan pasal diri sendiri. Nanti bila dah ada kat sana nanti , korang pahamlah , okay ~!

Lepastu kitaorang diberi masa untuk berehat for makan tengah hari dan solat Zuhur. Dalam pukul 2.15 tu kena berkumpul untuk ujian kecergasan. Untuk ujian kecergasan nanti korang akan dibahagikan kumpulan dan akan ikut giliran lah untuk buat ujian tu. Aku kena kumpulan yang ketiga dan mula dalam pukul 3.15 petang. Tak silap masa tu ada jarak dalam 30 minit untuk setiap kumpulan.Kumpulan aku ada dalam 16 orang.Nanti masa ujian kecergasan tu ada akak akak dan abang ipg tu untuk tolong nilai markah kita dan bagi guide macam mana nak buat ujian tu. 

Ujian kecergasannya macam ujian segak kat sekolah menengah yang kita buat setiap tahun tulah.Ada lima aktiviti.

1)Kira berat dan tinggi (BMI) -15 Markah 
Kalau BMI normal , dapatlah markah penuh.

2)Tekan Tubi Tanpa Henti - 15 Markah
Untuk dapatkan markah penuh korang kena buat 30 kali untuk perempuan dan 40 kali untuk lelaki. Kalau tak silaplah. Kalau salah,,sorry ya.~
Aku tak tahan weii..dapat buat 21 kali sahaja. 

3)Buat sit-up bervariasi. -15 Markah
Sit -up ni kena bangun lima kali dan setiap kali bangun dengan cara yang berbeza-beza. Kalau dapat buat lima-lima sit-up ni,dapatlah markah penuh.Alhamdulillah,aku dapat buat semua .Tapi kalau baru lepas buat tekan tubi ,lepastu kena buat sit-up memang sakitlah kau. Ken tahan jelah. =..=''

4)Jangkaun melunjur.-15 Markah
Dia bagi test kau nak regang-regangkan badan dalam 2 kali. Lepastu kali yang ketiga. Akak penilai tu akan baca markah kita.

5)Bleep Test.-40 Markah.
Menyesal pulak aku tak joging sebelum datang memang lepak gila buat benda ni. Korang akan berlali ulang alik dalam 20 meter sampai korang penat ataupun kena kad merah. Dan berlari bila dengar bunyi 'beep' .Lepatu korang kena sampai ke tempat lagi satu sebelum bunyi 'beep' tu lagi.Bila bunyi 'beep' tu lagi korang kena patah balik lari dan begitulah seterusnya,Tak faham ?? Nanti korang fahamlah kat sana .. Tak silap aku, bleep test ni ada 12 aras. Dan setiap aras ada roundnya.
Contohnya, aras 1 ada enam pusingan. Jadi,kau kena ulang alik lari dalam enam kali.
Lepastu baru lepas aras 2 . Aras 2 pulak ada 7 pusingan. Bertambah satu aras bertambah satu pusingan.Untuk yang perempuan , better lepaskan aras 3. ...tapi memang penat sangatlah..ditambah lagi masa tu dah petang dan memang penat. Reda jelah.


OKlah.harap perkongsian aku ni ada manfaatnya untuk semua. ~~~

No comments:

Post a Comment